Friday, January 27, 2012
Timeless Love : Oleh:Njuli Mius Episod 4
Sambungan.....
"Tae Yeon"Si Won memandang ke arah Kim Tae Yeon."Awak buat saya rasa hebat dalam hidup ini"Kim Tae Yeon tidak mengerti apa yang cuba Si Won sampaikan kepada dirinya.
Si Won mengeluarkan sebentuk cincin daripada poket seluarnya dan dihulurnya kepada Kim Tae Yeon sambil berlutut."Selama ini,saya menyimpan perasaan terhadap awak.Tae Yeon,saya mencintai awak.Sudikah awak menerima saya?"Nada Si Won bertukar ke nada yang romantik.Kim Tae Yeon terkejut lalu mengundur satu langkah ke belakang."Tidak!Saya tidak boleh menerima cinta awak,Choi Si Won.Saya terpaksa pergi.Selamat tinggal."Kim Tae Yeon berlari pergi sambil menangis.Si Won memangilnya tetapi Kim Tae Yeon tidak menoleh.Si Won terduduk di salah sebuah bangku kerana kecewa apa yang telah terjadi.
Kim Tae Yeon pulang ke rumah menaiki sebuah teksi.Tiffany menunggunya disalah sebuah sofa.Selepas Kim Tae Yeon masuk ke rumah...
"Tae Yeon,kenapa awak keluar bersama Si won tidak ajak saya sekali?"tanya Tiffany dengan nada sedikit menjerit."Si Won ajak saya keluar untuk jalan-jalan ajelah.Bukannya ada apa-apa pun" Kim Tae Yeon terpaksa berbohong.Tiffany mendekati Kim Tae Yeon.
"Oh,nasib baiklah.Awak pun tahu kan yang saya ada hati pada dia?"Tiffany memegang bahu Kim Tae Yeon."Tiffany,sungguhpun saya mencintai dia,saya sedar yang penyakit saya ini tidak akan pernah membahagiakan Si Won."Jelas Kim Tae Yeon.
:Jadi,apa perasaan awak terhadp Si Won sekarang?"Tiffany bertanya."Si Won bagi saya hanyalah seorang kawan baik.Tidak lebih dari itu.Tetapi kalau betul awak cintakan dia,jangan lepaskan peluang awak sebab Si Won merupakan seorang lelaki yang baik."terang Kim Tae Yeon."Terima kasih!"Tiffany memeluk Kim Tae Yeon kerana telah memberi dia semangat dan harapan.Tetapi,jauh di sudut hati Kim Tae Yeon,dia terluka.
Bersambung........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment