Tuesday, July 31, 2012

lama sudah sa nda buka blog sa...post2...hehe...dri bln 4 lg..skrng bln 8 nedi...hahaha

Wednesday, March 7, 2012

sakit hati.... -__-"

bikin pns ne ma.......
byngkn ba,ko sdh snym sma da kn,da bt mcm tda tau seja ....apa tda sakit hati....urng ikhlas mau kwn pun susah kh....nda pyh lh klu gitu.......baibai gaman aja lh....huhu... 

Friday, January 27, 2012

Timeless Love : Oleh Njuli Mius Episod Kemuncak

            Sampai sudah episod kemuncak...hehe...adakah mereka akan bahagia atau tidak?check it out...

         Si Won berlari dan terus memeluk Kim Tae Yeon dari belakang.Kim Tae Yeon terkejut dan terus berpaling."Kim Tae Yeon,sarangheyo!"luah Si Won."Si Won,awak tak faham yang saya tidak boleh terima!"tegas Kim Tae Yeon.

         "Saya faham dengan jelas sekali."Kim Tae Yeon bingung."Sebab awak menolak cinta saya,semuanya Tiffany telah jelaskan kepada saya!"Kim Tae Yeon terkejut."Jadi awak sudah jelas yang saya tidak akan bahagiakan awak?"Kim Tae Yeon mula menangis teresak-esak.Si Won mengesat air mata Kim Tae Yeon.

         "Kalau awak tidak dapat bahagiakan saya,biar saya yang bahagiakan awak!"Si Won menggenggam erat tangan Kim Tae Yeon."Penyakit itu hanyalah cabaran dalam hidup,benarkan Si Won hadapinya bersama awak."Kim Tae Yeon tidak menyangka Si Won akan berkata demikian.

         "Sarangheyo!"Akhirnya Kim Tae Yeon meluahkan perasaannya pada Si Won.Mereka berdua saling berpelukan antara satu sama lain,disaksikan oleh keindahan alam yang tenang."Kata-kata itulah yang paling saya harapkan selama ini daripada awak."Si Won berasa terharu."Kamsammida,Kim Tae Yeon!"Kim Tae Yeon tersenyum lebar.

         Mereka akhirnya hidup bersama selama-lamanya.Tiffany pula telah berjumpa dengan seorang pemuda yang menjadi pasangan hidupnya.Pemuda itu merupakan seorang pengurus syarikat terbesar di dunia.

                                                  THE   END   ! ! ! 

Timeless Love : Oleh Njuli Mius Episod 5

           KEESOKAN harinya,Si Won ingin berjumpa denganTiffany hanyalah untuk mendapatkan kepastian.Tiffany pula ingin meluahkan perasaan cintanya terhadap Si Won.Ketika itu di kedai kafe,Si Won mula bersuara...

           "Tiffany,saya ingin berjumpa dengan awak kerana saya nak tanya sesuatu."Tiffany menjadi teruja."Tanyalah."Dia sudah salah faham."Semalam,saya meluahkan perasaan cinta saya pada Tae Yeon,tetapi dia menolak.Saya nak tahu,kenapa.Awakkan kawan baik Tae Yeon."Tiffany amat terkejut apabila mendengar kata-kata Si Won.

           "Please tell me if you know."Si Won betul-betul berharap yang Tiffany akan memberitahu sesuatu.Tiffany berasa serba salah."Sebenarnya Si Won,Tae Yeon...Tae Yeon menghidap kanser setahun yang lalu,tapi sudah beransur pulih.Mungkin dia menolak sebab dia fikir awak tidak akan bahagia bersamanya.Dia hanya akan membebankan awak."Jelas Tiffany panjang lebar.
           
            Walaupun Tiffany menyayangi Si Won,dia lebih menyayangi Kim Tae Yeon.Oleh sebab itu,Tiffany relakan Si Won bersama dengan Kim Tae Yeon.Si Won terperanjat.Lalu bangkit berdiri dari kerusi."Di mana dia sekarang?"

            "Dia kata,dia pergi ke suatu tempat.Dia ingin bersendirian untuk menenangkan fikirannya.Tapi saya tidak tahu pula di mana."Si Won tersenyum."Tidak mengapa.Anyway,thank you for your information.Goodbye!"
       
             Si Won berlari keluar dan terus menahan sebuah teksi dan terus menuju ke arah tasik.Iaitu,LoVe LaKe!!!Tiba sahaja,Si Won ternampak Kim Tae Yeon sedang berdiri menghadap ke arah tasik.

               ..........................
 
Timeless Love : Oleh:Njuli Mius Episod 4

           Sambungan.....

          "Tae Yeon"Si Won memandang ke arah Kim Tae Yeon."Awak buat saya rasa hebat dalam hidup ini"Kim Tae Yeon tidak mengerti apa yang cuba Si Won sampaikan kepada dirinya.
          Si Won mengeluarkan sebentuk cincin daripada poket seluarnya dan dihulurnya kepada Kim Tae Yeon sambil berlutut."Selama ini,saya menyimpan perasaan terhadap awak.Tae Yeon,saya mencintai awak.Sudikah awak menerima saya?"Nada Si Won bertukar ke nada yang romantik.Kim Tae Yeon terkejut lalu mengundur satu langkah ke belakang."Tidak!Saya tidak boleh menerima cinta awak,Choi Si Won.Saya terpaksa pergi.Selamat tinggal."Kim Tae Yeon berlari pergi sambil menangis.Si Won memangilnya tetapi Kim Tae Yeon tidak menoleh.Si Won terduduk di salah sebuah bangku kerana kecewa apa yang telah terjadi.

           Kim Tae Yeon pulang ke rumah menaiki sebuah teksi.Tiffany menunggunya disalah sebuah sofa.Selepas Kim Tae Yeon masuk ke rumah...
           "Tae Yeon,kenapa awak keluar bersama Si won tidak ajak saya sekali?"tanya Tiffany dengan nada sedikit menjerit."Si Won ajak saya keluar untuk jalan-jalan ajelah.Bukannya ada apa-apa pun" Kim Tae Yeon terpaksa berbohong.Tiffany mendekati Kim Tae Yeon.
            "Oh,nasib baiklah.Awak pun tahu kan yang saya ada hati pada dia?"Tiffany memegang bahu Kim Tae Yeon."Tiffany,sungguhpun saya mencintai dia,saya sedar yang penyakit saya ini tidak akan pernah membahagiakan Si Won."Jelas Kim Tae Yeon.
            :Jadi,apa perasaan awak terhadp Si Won sekarang?"Tiffany bertanya."Si Won bagi saya hanyalah seorang kawan baik.Tidak lebih dari itu.Tetapi kalau betul awak cintakan dia,jangan lepaskan peluang awak sebab Si Won merupakan seorang lelaki yang baik."terang Kim Tae Yeon."Terima kasih!"Tiffany memeluk Kim Tae Yeon kerana telah memberi dia semangat dan harapan.Tetapi,jauh di sudut hati Kim Tae Yeon,dia terluka.  

        Bersambung........

Timeless Love : Oleh:Njuli Mius Episod 3

     Lama sudah nda cek blog....lama sudah nda post2...hehe...ok ini sambungannya...

     WALAUPUN lewat,perbincangan Tiffany dan Kim Tae Yeon tetap berjalan dengan lancar.
"Awak sudah makan ubat?"Tiffany sering bertanyakan soalan itu selepas mereka tamat perbincangan.
"Sudah."Kim Tae Yeon membalas dengan senyuman.Dalam hidupnya,hanya Tiffany sahaja yang tahu dia menghidap penyakit kanser.Ibubapanya sendiri juga tidak tahu akan hal itu.Mujurlah sekarang keadaannya bertambah baik.Selesai menyusun buku,Kim Tae Yeon menceritakan detik perkenalannya dengan Si Won kepada Tiffany.Kim Tae Yeon mengajak Tiffany untuk ikut serta pergi ke temujanjinya bersama Si Won esok,dan Tiffany setuju.
  
     ANGIN di Kota London agak sejuk.Kim Tae Yeon dan Tiffany sedang menuju ke arah Si Won yang melambai-lambai ke arah mereka berdua.Kemudian,Kim Tae Yeon memperkenalkan Tiffany dengan Si Won antara satu sama lain.Sejurus selepas itu,mereka membawa Si Won berjalan merata tempat di sekitar London.Dari saat itu,Kim Tae Yeon dan Si Won berkawan rapat dan sering keluar bersama.
  
    MEREKA sudah kenal selama 1 tahun..Sepanjang perkenalan mereka,kemesraan Si Won membuatkan Kim Tae Yeon jatuh cinta kepadanya.Tetapi,Kim Tae Yeon sedar yang dia tidak akan dapat bahagiakan Si Won,kerana penyakit yang dialami olehnya akan membebankan Si Won sahaja.

    PADA suatu hari,Kim Tae Yeon dan Si won keluar berdua ke sebuah tasik pada suatu malam.Tempat itu terpencil.Jauh dari kota yang hiruk-piruk.
    "Tahu tak,kalau saya banyak masalah,tempat mana yang paling saya suka untuk lepaskan stress?"Kim Tae Yeon bersuara.Tangannya erat memeluk tubuhnya."Dimana?"tanya Si Won."Di sini,di tasik inilah."kata Kim Tae Yeon kepada Si Won."Kenapa?"tanya Si Won lagi."Seperti yang saya cakap tadi,kalau saya banyak masalah di sinilah saya akan lepaskan stress.Saya rasa tenang,nyaman sekali ketika berada di sini.Nak nangis,ketawa atau menjerit sesuka hati pun boleh.Cubalah awak jerit."Kim Tae Yeon memandang ke arah Si Won."Huh?"Si Won terkejut."Jeritlah.Macam ni....Aaaaaaaahhhhhhh!!!"Si Won pun turut menjerit sekali.Mereka berasa gembira dan ketawa bersama-sama.Beberapa pasang mata melihat ke arah mereka.Mereka diam apabila menyedari mereka menjadi perhatian beberapa orang yang berada di sana.Kim Tae Yeon dan Si Won saling berpandangan dan hanya tersenyum sesama sendiri.Malam itu adalah malam yang begitu indah sekali bagi mereka berdua.

            To be continued.....