Friday, January 27, 2012

Timeless Love : Oleh Njuli Mius Episod 5

           KEESOKAN harinya,Si Won ingin berjumpa denganTiffany hanyalah untuk mendapatkan kepastian.Tiffany pula ingin meluahkan perasaan cintanya terhadap Si Won.Ketika itu di kedai kafe,Si Won mula bersuara...

           "Tiffany,saya ingin berjumpa dengan awak kerana saya nak tanya sesuatu."Tiffany menjadi teruja."Tanyalah."Dia sudah salah faham."Semalam,saya meluahkan perasaan cinta saya pada Tae Yeon,tetapi dia menolak.Saya nak tahu,kenapa.Awakkan kawan baik Tae Yeon."Tiffany amat terkejut apabila mendengar kata-kata Si Won.

           "Please tell me if you know."Si Won betul-betul berharap yang Tiffany akan memberitahu sesuatu.Tiffany berasa serba salah."Sebenarnya Si Won,Tae Yeon...Tae Yeon menghidap kanser setahun yang lalu,tapi sudah beransur pulih.Mungkin dia menolak sebab dia fikir awak tidak akan bahagia bersamanya.Dia hanya akan membebankan awak."Jelas Tiffany panjang lebar.
           
            Walaupun Tiffany menyayangi Si Won,dia lebih menyayangi Kim Tae Yeon.Oleh sebab itu,Tiffany relakan Si Won bersama dengan Kim Tae Yeon.Si Won terperanjat.Lalu bangkit berdiri dari kerusi."Di mana dia sekarang?"

            "Dia kata,dia pergi ke suatu tempat.Dia ingin bersendirian untuk menenangkan fikirannya.Tapi saya tidak tahu pula di mana."Si Won tersenyum."Tidak mengapa.Anyway,thank you for your information.Goodbye!"
       
             Si Won berlari keluar dan terus menahan sebuah teksi dan terus menuju ke arah tasik.Iaitu,LoVe LaKe!!!Tiba sahaja,Si Won ternampak Kim Tae Yeon sedang berdiri menghadap ke arah tasik.



               ..........................
 
         

No comments:

Post a Comment