Lama sudah nda cek blog....lama sudah nda post2...hehe...ok ini sambungannya...
WALAUPUN lewat,perbincangan Tiffany dan Kim Tae Yeon tetap berjalan dengan lancar.
"Awak sudah makan ubat?"Tiffany sering bertanyakan soalan itu selepas mereka tamat perbincangan.
"Sudah."Kim Tae Yeon membalas dengan senyuman.Dalam hidupnya,hanya Tiffany sahaja yang tahu dia menghidap penyakit kanser.Ibubapanya sendiri juga tidak tahu akan hal itu.Mujurlah sekarang keadaannya bertambah baik.Selesai menyusun buku,Kim Tae Yeon menceritakan detik perkenalannya dengan Si Won kepada Tiffany.Kim Tae Yeon mengajak Tiffany untuk ikut serta pergi ke temujanjinya bersama Si Won esok,dan Tiffany setuju.
ANGIN di Kota London agak sejuk.Kim Tae Yeon dan Tiffany sedang menuju ke arah Si Won yang melambai-lambai ke arah mereka berdua.Kemudian,Kim Tae Yeon memperkenalkan Tiffany dengan Si Won antara satu sama lain.Sejurus selepas itu,mereka membawa Si Won berjalan merata tempat di sekitar London.Dari saat itu,Kim Tae Yeon dan Si Won berkawan rapat dan sering keluar bersama.
MEREKA sudah kenal selama 1 tahun..Sepanjang perkenalan mereka,kemesraan Si Won membuatkan Kim Tae Yeon jatuh cinta kepadanya.Tetapi,Kim Tae Yeon sedar yang dia tidak akan dapat bahagiakan Si Won,kerana penyakit yang dialami olehnya akan membebankan Si Won sahaja.
PADA suatu hari,Kim Tae Yeon dan Si won keluar berdua ke sebuah tasik pada suatu malam.Tempat itu terpencil.Jauh dari kota yang hiruk-piruk.
"Tahu tak,kalau saya banyak masalah,tempat mana yang paling saya suka untuk lepaskan stress?"Kim Tae Yeon bersuara.Tangannya erat memeluk tubuhnya."Dimana?"tanya Si Won."Di sini,di tasik inilah."kata Kim Tae Yeon kepada Si Won."Kenapa?"tanya Si Won lagi."Seperti yang saya cakap tadi,kalau saya banyak masalah di sinilah saya akan lepaskan stress.Saya rasa tenang,nyaman sekali ketika berada di sini.Nak nangis,ketawa atau menjerit sesuka hati pun boleh.Cubalah awak jerit."Kim Tae Yeon memandang ke arah Si Won."Huh?"Si Won terkejut."Jeritlah.Macam ni....Aaaaaaaahhhhhhh!!!"Si Won pun turut menjerit sekali.Mereka berasa gembira dan ketawa bersama-sama.Beberapa pasang mata melihat ke arah mereka.Mereka diam apabila menyedari mereka menjadi perhatian beberapa orang yang berada di sana.Kim Tae Yeon dan Si Won saling berpandangan dan hanya tersenyum sesama sendiri.Malam itu adalah malam yang begitu indah sekali bagi mereka berdua.
To be continued.....
No comments:
Post a Comment